Monday, 2 May 2016

Mengigau

"Takkan kering padi di Shah Alam" Berdekah aku dengan member aku sorang ni. Mengigau sampai bercakap mende melalut. Ade padi ke kat shah alam ? hahahaha

Mengigau ni pendapat aku pengaruh pemikiran sebelum tido. Kau pikir pasal bulan, bulan la mengigau kau. Tu pendapat aku la.

Yang klakar ade yang jenis gelak mata pejam, berjalan merangkak kumat kamit mulut. Semua la. hahaha. Takleh bla aku pernah mengigau sampai menangis. Bangun tido tetibe sedih.

Sebenarnye mengigau ni disebabkan oleh parasomnia yang bermaksud tingkah laku abnormal atau luar biasa, semasa tidur. Biasa dikaitkan dengan emosi sebelum tido. Letih sangat pun minda jadi kelaut.

Dulu pernah orang cakap sebelum tido basuh kaki. Dengan lemah gemalai bangun dari katil p basuh kaki. Sampai aku form 2 aku buat keje bodoh basuh kaki je. Senanye maksud "basuh kaki" tu senanye ambil wuduk ! hahahaha. k lawak.

No comments:

Post a Comment