Monday, 23 May 2016

Busy

Final

Ukm bakal tiba satu wabak demam final. Aku pun dah mula cuak dengan exam ni. Even aku ambil subjek sikit je. Tapi bagi aku tough gile. 

Spm aku rase macam neraka dh. Bile masuk degree. 1 subjek 14 topik. Ambil 5 6 subjek. Pergh. Namati bak hang. 

Tak kisah pasal exam, makin dekat dengan exam ni la berpusu pusu aktivity. Suksis dengan aktiviti suksisnye. Kolej dengan aktiviti kolej nye. Fac dengan aktivity fac nye. Huhh. 

Goodluck kepada warga ukm yang nak hadapi final tuu. Terutama yang comel comel. Kuang3. Kbye. 

Peluang

Peluang

Peluang ni datang dalam 2 jenis. Kelihatan dan kabur.

Yang penting bile dapat peluang, kite tak boleh terlalu relax, tak boleh terlalu gelabah.

Terlalu relax ni sebagai contoh buat endah tak endah. Kerajaan nak bagi biasiswa kite relax sampai tempoh tamat. Sambil lewa. Last last terlepas peluang.

Terlalu gelabah ni pula kadang kadang mendatangkan kebaikan. Sebagai contoh nak antar borang , terlalu gelabah sampai tahap tidur depan pejabat. Dapat hantar awal. Yang gelabah teruk ni bile nak tackle awek, terlalu show off sampai awek meluat. Kuang3.

Ape pun dalam merebut peluang kite kene rasional dan berstyle. Thats all. Thanks.

Monday, 9 May 2016

aku

Aku. 

Celaru , happy , kosong semua ade. Kecuali marah. Aku tak tau kenapa aku susah nak marah. Nak cakap serounding memang tak ah. Ayah aku polis. Emak aku istri polis. Kuang3. Adik bradik aku ramai tapi still tak garang. Pelik. 

Exam menghampiri, aku cuba struggle nak study sikit sikit. Hahaha. Tapi hanya tinggal niat. Tapi masih belum terlambat nak buat tindakan pembetulan. Doakan ye. 

Aktiviti bz macam ape je. Aku dulu igt matrik tu dah neraka, degree lagi la bz. Ish3. Sabor je le. Haha. 

Sekian.

Carut

Carut

Mencarut. Kadang kadang kite terbiasa dengan serounding. Bukan niat untuk mencarut tetapi member terasa. Contoh yang dikatakan kuat mencarut n kasar is Melaka , Terengganu n Kelate.

Contoh ayat terengganu ''besor natang" maksud die besar sangat. Tapi kene member yang hati tisu, lari merajuk 100meter.

Kelantan pulak "nate ni". Sebenarnye mende tu manje je bagi orang kelantan. Hahaha

Melaka pulak "hawau lahabau lahanat". Diorang rase biase, but kalau orang kl dengar. Langsung jeling.

Halikatnye, masuk kandang kambubg mengembik , masuk kandang harinau meraung la. Demi jaga hati semua orang. Dan mende mende macam ni boleh di baik pulih. Biasakan yang betul, betulkan ape yang biasa.

Sekian.

Monday, 2 May 2016

Guinea Pig

Guinea Pig

Nama lain tikus belanda. Nama boleh dikaitkan dengan ayam belanda. Berbeza dengan ayam lain, ayam belanda besar. Begitu la guinea pig. Besar nokharom.

Yang pasti die berbeza dengan hamster. sebab ? sebab die besar and lain la. Muka pun lain. Yang pasti die lagi cute dari kau. Ha ? Ye la kau. Sape lagi.

Sejarah die dari amerika. Name sains die Cavia Pollkellus. Entah betul tak ejaan. Nak copypaste nanti kantoi. Hahaha. Tapi ade yang cakap asal dari afrika selatan, Negara Guinea katenye. BIa la asal mane, sekarang guinea pig ni dah femes kat Malaysia.

Katenye daging guinea pig ni sedap. Banyak protein. Tapi aku tak sanggup nak makan, comel kot. Lagipun haram bagi umat islam.

So sape yang berminat dengan tikus ni usha la kat kedai. rm35 tak silap. Saje promote. kbye

Mengigau

"Takkan kering padi di Shah Alam" Berdekah aku dengan member aku sorang ni. Mengigau sampai bercakap mende melalut. Ade padi ke kat shah alam ? hahahaha

Mengigau ni pendapat aku pengaruh pemikiran sebelum tido. Kau pikir pasal bulan, bulan la mengigau kau. Tu pendapat aku la.

Yang klakar ade yang jenis gelak mata pejam, berjalan merangkak kumat kamit mulut. Semua la. hahaha. Takleh bla aku pernah mengigau sampai menangis. Bangun tido tetibe sedih.

Sebenarnye mengigau ni disebabkan oleh parasomnia yang bermaksud tingkah laku abnormal atau luar biasa, semasa tidur. Biasa dikaitkan dengan emosi sebelum tido. Letih sangat pun minda jadi kelaut.

Dulu pernah orang cakap sebelum tido basuh kaki. Dengan lemah gemalai bangun dari katil p basuh kaki. Sampai aku form 2 aku buat keje bodoh basuh kaki je. Senanye maksud "basuh kaki" tu senanye ambil wuduk ! hahahaha. k lawak.