Monday, 6 June 2016

Viral

Viral 

First, di sungai long ke ape entah name. Dekat dengan sungai ramal. 4 penyamun ditembak mati. Oleh itu, polis skarang menjalankan operasi besar besaran bagi membanteras penyamun dan perompak. Bagi student ukm uniten kptm area bangi. Hati hati kerana samun banyak tertimpu pada student. Seterusnya hati hati jugak, pakai sit belt n helmet. Polis banyak tu. Kang saman abes duit ptptn. Kuang3. 

Next tren, jubah raya. Kepada butik butik terutama di bangi. Sebab aku duk study bangi. Yang nak letak harga melambung tu biarla seiring dengan harga. Ni entah pape kain jackel tahun lepas jual harga melambung tinggi. Bisness bukan saje ubtung, malah utamakan kebajikkan. 

Sekian. 

Nokhtah

Ada akar ada pucuknya. Ada malam ada siangnya. Ada hidup ada ajalnya. Ada mula ada nokhtahnya. 

Dengan berakhirnya kuiz gelak ketawa pada selasa lepas maka berakhir sudah lecture bersama lecturer yang paling sempoi dan agak poyo , sir Azzwan. 

Buat rakan rakan selamat berjuang dalam peperiksaan akhir semester, manakala buat sir Azzwan. Tak de ape yang dapat membalas jasa sir. Begitu besar. Ce wahh. Semoga barjaya dunia dan akhirat. 

Monday, 23 May 2016

Busy

Final

Ukm bakal tiba satu wabak demam final. Aku pun dah mula cuak dengan exam ni. Even aku ambil subjek sikit je. Tapi bagi aku tough gile. 

Spm aku rase macam neraka dh. Bile masuk degree. 1 subjek 14 topik. Ambil 5 6 subjek. Pergh. Namati bak hang. 

Tak kisah pasal exam, makin dekat dengan exam ni la berpusu pusu aktivity. Suksis dengan aktiviti suksisnye. Kolej dengan aktiviti kolej nye. Fac dengan aktivity fac nye. Huhh. 

Goodluck kepada warga ukm yang nak hadapi final tuu. Terutama yang comel comel. Kuang3. Kbye. 

Peluang

Peluang

Peluang ni datang dalam 2 jenis. Kelihatan dan kabur.

Yang penting bile dapat peluang, kite tak boleh terlalu relax, tak boleh terlalu gelabah.

Terlalu relax ni sebagai contoh buat endah tak endah. Kerajaan nak bagi biasiswa kite relax sampai tempoh tamat. Sambil lewa. Last last terlepas peluang.

Terlalu gelabah ni pula kadang kadang mendatangkan kebaikan. Sebagai contoh nak antar borang , terlalu gelabah sampai tahap tidur depan pejabat. Dapat hantar awal. Yang gelabah teruk ni bile nak tackle awek, terlalu show off sampai awek meluat. Kuang3.

Ape pun dalam merebut peluang kite kene rasional dan berstyle. Thats all. Thanks.

Monday, 9 May 2016

aku

Aku. 

Celaru , happy , kosong semua ade. Kecuali marah. Aku tak tau kenapa aku susah nak marah. Nak cakap serounding memang tak ah. Ayah aku polis. Emak aku istri polis. Kuang3. Adik bradik aku ramai tapi still tak garang. Pelik. 

Exam menghampiri, aku cuba struggle nak study sikit sikit. Hahaha. Tapi hanya tinggal niat. Tapi masih belum terlambat nak buat tindakan pembetulan. Doakan ye. 

Aktiviti bz macam ape je. Aku dulu igt matrik tu dah neraka, degree lagi la bz. Ish3. Sabor je le. Haha. 

Sekian.

Carut

Carut

Mencarut. Kadang kadang kite terbiasa dengan serounding. Bukan niat untuk mencarut tetapi member terasa. Contoh yang dikatakan kuat mencarut n kasar is Melaka , Terengganu n Kelate.

Contoh ayat terengganu ''besor natang" maksud die besar sangat. Tapi kene member yang hati tisu, lari merajuk 100meter.

Kelantan pulak "nate ni". Sebenarnye mende tu manje je bagi orang kelantan. Hahaha

Melaka pulak "hawau lahabau lahanat". Diorang rase biase, but kalau orang kl dengar. Langsung jeling.

Halikatnye, masuk kandang kambubg mengembik , masuk kandang harinau meraung la. Demi jaga hati semua orang. Dan mende mende macam ni boleh di baik pulih. Biasakan yang betul, betulkan ape yang biasa.

Sekian.

Monday, 2 May 2016

Guinea Pig

Guinea Pig

Nama lain tikus belanda. Nama boleh dikaitkan dengan ayam belanda. Berbeza dengan ayam lain, ayam belanda besar. Begitu la guinea pig. Besar nokharom.

Yang pasti die berbeza dengan hamster. sebab ? sebab die besar and lain la. Muka pun lain. Yang pasti die lagi cute dari kau. Ha ? Ye la kau. Sape lagi.

Sejarah die dari amerika. Name sains die Cavia Pollkellus. Entah betul tak ejaan. Nak copypaste nanti kantoi. Hahaha. Tapi ade yang cakap asal dari afrika selatan, Negara Guinea katenye. BIa la asal mane, sekarang guinea pig ni dah femes kat Malaysia.

Katenye daging guinea pig ni sedap. Banyak protein. Tapi aku tak sanggup nak makan, comel kot. Lagipun haram bagi umat islam.

So sape yang berminat dengan tikus ni usha la kat kedai. rm35 tak silap. Saje promote. kbye

Mengigau

"Takkan kering padi di Shah Alam" Berdekah aku dengan member aku sorang ni. Mengigau sampai bercakap mende melalut. Ade padi ke kat shah alam ? hahahaha

Mengigau ni pendapat aku pengaruh pemikiran sebelum tido. Kau pikir pasal bulan, bulan la mengigau kau. Tu pendapat aku la.

Yang klakar ade yang jenis gelak mata pejam, berjalan merangkak kumat kamit mulut. Semua la. hahaha. Takleh bla aku pernah mengigau sampai menangis. Bangun tido tetibe sedih.

Sebenarnye mengigau ni disebabkan oleh parasomnia yang bermaksud tingkah laku abnormal atau luar biasa, semasa tidur. Biasa dikaitkan dengan emosi sebelum tido. Letih sangat pun minda jadi kelaut.

Dulu pernah orang cakap sebelum tido basuh kaki. Dengan lemah gemalai bangun dari katil p basuh kaki. Sampai aku form 2 aku buat keje bodoh basuh kaki je. Senanye maksud "basuh kaki" tu senanye ambil wuduk ! hahahaha. k lawak.

Monday, 25 April 2016

Hmm

Bicara mimpi itu mengheretku ke dasar gelap tangannya menggapai tangan ku.

Mimpi menjadi cita cita, cita cita mencipta harapan. Harapan menjadi layu.

Kita hanya mampu merancang, Allah yang tentukan segalanya. Apa yang kite rancang tak semestinya berlaku. Yang penting keep going. Jangan pernah mengalah. Senyum walau perit. Ingat apa yang kite hendak tidak semestinya apa yang kite perlukan. Sang Pencipta lebih mengetahui ape yang kite perlukan. Jangan pernah mengalah, jangan berhenti mencuba, jangan mengerluh. Kenapa mula kalau nak berhenti. Pandang ke atas kalau rase lemah. Allah dah janji siapa berusaha die berjaya.

Agama tidak pernah mengecewakan manusia, manusia yang selalu mengecewakan agama.

Sekian Terima Kasih.


Ujian

Ujian

Setiap manusia diuji oleh Sang Pencipta. Untuk dipelajari bukan dicaci maki. Mengajar manusia untuk lebih kuat hebat. Tiada ujian di luar kemampuan hambaNya. Tabah dan mohon tabah. Ada hikmah.

Aku midterm. Statistic Makro Akaun. Aku kuat mampu tersenyum even kelautan hindi. Kata kata senior jangan percaya. Katanya banyak kire kire, tapi harom keluar teori. maka berdansa lah.

Ape aku boleh buat. Menyesal ? Sikit. Tindakan pembetulan drastik perlu dilakukan. InsyaaAllah. Akan ku coba terus melangkah maju kehadapan. Dah macam iklan TM.

#prayforme

Monday, 18 April 2016

exam

Exam.

Ape yang kite perlukan untuk berjaya dalam hidup ialah duit. Duit boleh beli segalanya.

D pertama ialah doa. Jangan pernah berhenti berdoa kerana doa akan meningkatkan motivasi kite semua.

U ialah usaha. Sesiapa usaha die pasti berjaya. Tu janji tuhan bukan janji saya. Satu lagi walau tak berjaya mesti ade hikmah. Allah tak bagi apa yang kit nak tapi Allah bagi ape kite perlukan.

Iktiar. Ape beza ikhtiar dan usaha. Usaha ialah effort manakala ikhtiar ialah effort kite BERFIKIR untuk menyelesaikan masalah. Sebagai contoh mencari strategi yang tepat untuk study.

T terakhir ialah tawakkal. Dah doa usaha iktiar kite tawakkal innahu tak cuba belum tahu. Ada hikmah setiap berlaku.

 Semoga bermanfaat.

cuti

Cuti.

Semua dicombinekan sekali  pasrah, air, lemau.

Pasrah sebab tak boleh balik ganu. Tipua ah tak rindu family. Konfem rindu. Tapi apakan daya jodoh tiada. Balik umah akak. Takpe la asalkan boleh jumpe family walaupun 1/9 dari family. Tu pun balik lewat.

Air. 3 hari duk kkm still air takdaq. Sedih den. Tapi takpe , demi berjuang untuk negara. Beta tak putus asa. Tapi mujur dengan ketentuan dan kuasa tuhan 3 hari semasa kem sebelum cuti tamat, air kembali melimpahkan particle particle nya. Thanks god.

Lemau. Pergh letih kem. Tapi best sebab permata pintar ni tak banyak songeh. Lepas rindu dekat adik adik kat umah. Hahaha. Yeay.

Tuesday, 12 April 2016

Bebas

Letih

First, letih sebab utama sebab kurang minum air. Hahaha. Salah cafe kah yang makin kecikkan cawan ? Salah kkm kah bekalan air terputus ? Salah cuaca lah yang terlalu panas ? No, salah diri sendiri sebab aku bab minum air ni malas skit.

Second, letih sebab latihan menembak. Aku suksis, acah acah polis sedia berkhidmat dengan negri dan rakyat. Bayangkan bangun pukul 4 pagi n pukul 5 gerak. Selesai acara menembak pukul 8 malam. Gilr ape. Tapi shok ah, akhirnya dapat tembak hati awak. Eh.

Third, letih sebab study. Standart student la. Sejarah mengatakan, kita menggunakan 80% dari tenaga badan untuk berfikir.

Kbye.

Air

Air.

First, sumber air paip di UKM. Bile nak selesai ? Tanya mpp mereka jawap tahun depan. Tanya pembangkang, mereka jawab pangkah la mereka. Tapi hari ini still sama walau pun tahun lepas mereka memonopoli. Tanya pengetua, mereka cakap salah syabas. Tanya syabas, salahkan kemarau. Hmm.

Second, air vegood. Vegood ialah air black current yang sedap lagi enak. Pergh kalau sejuk lagi best. Bukan tu persoalannya. Adakah barang sponsored boleh dijual ? Aku rase secara falsafahnya tak boleh. Mana boleh barang sponsored dijual lepas abes event. Hmm. Marah ni marah.

Third, air minuman. Kkm punye cafe makin hari makin cekik. Ade ke patut cawan makin kecik sedangkan orang makin besar.

Kbye

Monday, 4 April 2016

lagu

Nak nyanyi lagu skit.

"Sedangkan lidah lagi tergigit. Apa pula suami isteri." Eh. Tu lagu p ramlee. Nak cakap yang dalam berhubungan ni bergaduh tu biasa. Tapi..

"Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi." Manusia ni dicipta dengan pemikiran akal. Ape alasan untuk kite tidak rasional ?

"Apa guna kita bertengkar
Suami isteri harus bersabar." Kalau ade api, nak padam pakai aair salah sorang mesti mengalah. Kalau dua dua mengalah lagi sweet. Tak gitu ?

"Kasih sayang rukun dan damai
Hidup seperti dalam mahligai
Maaf hamba wahai dinda." Bab ni malu skit la. Kasih sayang teras pembangunan keluarga. Ce wahhh.

Nah sambung nyanyi.

"Suami isteri mesti berpakat
Rumah tangga mendapat berkat"

"Apa guna selisih faham
Kalau kini aman tenteram
Pohon ampun wahai kanda"

"Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi"

Kbye.

Buah Prune (Plum)

Buah plum memiliki banyak khasiat dan baik untuk dimakan semua golongan. Tapi jangan la suap kat baby sebijik buah. Pandai pandai la ye.

Pengambilan buah plum juga dikatakan mampu membantu dalam penghasilan dan penyerapan besi dalam tubuh. Ia sekali gus membawa kepada peredaran darah yang baik dan mampu membawa kepada pertumbuhan tisu-tisu yang sihat. Tapi kepada mutant, nanti kene serap besi. Ilang kuasa. #brocuba

Kekerapan memakan buah plum boleh mencegah kemerosotan makula dan sebarang jangkitan pada mata dalam tempoh masa yang panjang. Selain menyihatkan, sering mengamalkan makan buah plum juga mengekalkan ketajaman penglihatan. Bagus untuk kaki skodeng.

Kajian mendapati bahawa buah plum memiliki agen anti barah yang dikatakan mampu membantu mencegah pertumbuhan sel-sel berkanser dan tumor dalam tubuh. Dengan memakan buah plum dalam masa yang berpanjangan juga boleh mengurangkan peluang untuk mendapat penyakit jantung. Ini kerana buah plum memiliki agen-agen pembersih tertentu yang memastikan darah tetap asli dan mencegah komplikasi pada jantung. Wow gitu.

Kbye.

Monday, 28 March 2016

lemau

Lemau

Lemau. Kata lain bagi lemau ialah lemah, tidak bermaya, monyok, atau terengganu people said 'dok rok cetong'.

Lemau ni boleh terjadi kalau badan tidak mendapat zat yang secukupnya terutama gula dan garam.

Ia juga boleh terjadi apabila mindset kita tidak betul. Maksudnya niat yang salah. Dalam melakukan aktivity, niat tu penting. I mean tujuan. Kalau terpaksa baik tak payah buat. Terus jadi lemau atau kata lain lemah gemalai.

Thats all.

Rare

Minggu ni banyak mende rare berlaku. 

First, pakistan kene bom. Ape salah pakistan. Tak kisah kalau nak perang dengan askar. Ni apehal orang awam jafi mangsa. Budak budak tak berdosa pun kene. Hmm.

Second, phenomena ekuinoks. Panas tal payah cakap la. Duk sekejap pun boleh masak kulit. Yang takleh terima naik mptp tak tutup visor pun rase panas. Boleh la muhasabah diri semua. Kuang3

Last skali, hantaran tak cukup pun kene hentam. Yang ni lawak. Manusia demua dah jadi mata duitan. Tak ingat pape dh bile pasal duit. Ish3. 

Monday, 21 March 2016

Pasrah

Lemau.

Lemau. Masuk angin. Masuk asap.
Org pun boleh jadi lemau. Masuk angin. Tak bermaya. Lemah longlai.
Tapi tak boleh laa macam ni setiap hari. Rugi masa, rugi tenaga. Walaupun tenaga lemau.
Hargai setiap waktu. Setiap masa. Setiap detik.
Sentiasa bertenaga. Tidak lemau. Tidak lemah. Tidak tersungkur.

Aku punye bz meniaga. Lupa semya mende.

First, aku tak study untuk revise minggu ni. Tu takpe lagi. Kelas pun aku pikir due tige nak pegi.

Second, aku skip latihan suksis. Beranikan diri. Sebab aku minat gile dengan bisness ni. Silap silap fon pun tak layan.

Yang paling last. Aku lupe nak buat blog. Huaaa hahaha. Tapi mujur la ingat jugak 30minit sebelum dateline. Aku goreng abes. Pecut 200km/h.

Aku lemau . Doakan aku selamat. Kbye.

Assalamualaikum

Assalamualaikum.

Nak cerita pengalaman bisness dengan grup.

Start dengan meeting, hm. Macam biasa banyak kepala. Tapi ape ade hal, mende boleh settle. Bincang dua tiga patah. Settle.

Next, beli barang. Modal cukup makan. Sanggup hadapi risiko untung rugi. Terpaksa beb.

Fuhh time bukak gerai, letih abes. Yang takleh bla , hujan turun. Koyak beb koyak meniaga dalam sungai.

2 hari niaga, Alhamdulillah memberangsangkan. Betul la orang cakap susah dahulu senang kemudian. Alhamdulillah.

Monday, 14 March 2016

Muhasabah

Muhasabah diri.

Makin hari makin stress. Makin ketinggalan. Makin jauh dari tuhan.

Niat di hati nak pakai high perfomance car, lupa poket kering. Niat di hati nak sentuh pelangi cantik, jauh skali.

Sem ni aku rase serba serbi tak kena. Ape aku buat semua silap. 1 demi 1 masalah follow aku. Sadis hidup aku. Sebab, semakin hari semakin lagha. Time senang lupa Sang Pencipta. Padan muka. 

Satu lagi sebab, hubungan dengan manusia pun macam tak terjaga. Aku pun tak tau. Sejak jauh dari family ni, lame lame sunyi. Hidup tak tentu arah. Need support. 

Ape ape pun, hidup mesti diteruskan. Even esok kiamat benih ditangan perlu ditanam hari ini. 

Sekian, Assalamualaikum.



Lesu

Lesu,

Mata kuyu, kulit burn and battery is about to die.

Minggu ni ade Sukan Antara Skuad (SANTAS). Sukan yang dianjurkan setiap tahun untuk Pelatih Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS) bagi berentap mendapatkan skuad terbaik UKM.

Setiap hari training petang malam petang malam. Untuk skuad punye pasal. Struggle abes.

Hari kejadian, niat nak pakai inner shirt, sunblock bagai. Tapi kang kene kutuk 'ajet artis'. So then, aku bajet gentle la. Berjemur pagi 0645h sampai 1830h beb. Matahari tegak atas kepala. Lesu. Hmm. Tapi tak kisah sebab kat tepi pun ade matahari, bunga matahari. No hal laa. Eh.

Satu lagi game, badminton. Ni bukan masalah matahari. Ni masalah 2 hari berjemur. Pancit. Tinggal 10% battery. Main malam tapi tetap ade matahari tepi court. Eh.

Tu je. Assalamualaikum.

Monday, 7 March 2016

Sem Baru Azam Baru

Sem baru azam baru calon baru. EH !

Sem 2 bermula bulan 2. Berat pada awalnya sebab lama bercuti kat Terengganu tercinta. Tapi apakan daya kene jugak melangkah kaki dengan penuh azab ke Bangi, Selangor. Nak buat cane, kewajipan sebagai muslim kene menuntut ilmu sampai liang lahad. Ce wah. 

Mula masuk aku tanam azam baru nekad tekad gitu. Result sem lepas tak teruk tapi tak memberangsangkan. Cukup makan la. 

Sem 2 bermula , first week dah kelas. Dah start lecture, ingat boleh lepak lepak dulu. Mimpi hanya tinggal mimpi. Sem ni tough sikit. Aku grab subjek 26 kredit. Acah nak abes cepat. 1 week tahan lagi, week after week sikit sikit drop. hahaha. And now 21 kredit je. Tak tahan kau. Tapi yang penting aku happy sebab kelas aku just Tuesday, Wednesday and Thursday. Aku ade free 4 hari beb seminggu. Yay. 

Ape ape yang baik korang boleh ambil , contoh susun jadual tu. Susun la same dengan aku, boleh lepak skali. 

Sampai sini dulu la. Sehingga ketemu lagi. Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Aku

AKU

Dulu kini dan selamanya nama diberi Mohd Alif Ashraf bin Mohd Sohor. Aku sendiri tak pasti asal usul aku. Lahir Sarawak, parents asal Pahang, tapi stay Ganu. Senang citer aku ni Ganu la sebab aku menghabiskan majoriti dari umur aku di Ganu Darul Iman.

Nak cerita ape lagi ye. Haa pasal famili sikit. Keanggotaan keluarga aku seramai 9 orang termasuk aku dan umi abah aku. Nak jadi ke cerita, sibling aku 7 orang. Selang bunga beb. Pompuan laki pompuan laki. 3Laki 4Perempuan macam anak nabi, style en ? hahaha.

Next, nok royak pasal hobi la kot. Share skit mane tau boleh lepak skali. Aku ni suka membaca. WOW. Hahaha. Baca whatsapp je memanjang. Takde la, aku suka sport , tapi tak semua sport. Sport tangan je, kaki ni aku malas skit. Kene pakai lebih tenaga.

Tu je kot. nak tau lebih Pm tepi. Okay Bye. Assalamualaikum.